Wednesday 18 July 2012

Ramadhan..^__^

Tup tap tup tap..esok lusa puasa sudah..

Lafaz Niat Puasa
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :

Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum kita memulakan puasa kita yang pertama. Apabila kita baca niat ini, kita dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz Niat Puasa Untuk Harian :

Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Supaya nak mudahkan korang, baca je lafaz niat puasa untuk sebulan takut nanti terlupa.

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa (Seorang) :
Kalau korang makan sorang-sorang, baca doa ini ye.
Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Berbuka Puasa (Ramai) :
Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.
Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Doa selepas berbuka puasa :
Doa Lepas Buka Puasa
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
*****************************************



No comments:

Post a Comment